fbpx

Penerbangan sewa khas tingkatkan jumlah pelancong ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 170 pelancong dari China tiba dengan penerbangan sewa khas di LTAL, Langkawi pada pagi ini.

LANGKAWI – Setelah hampir tiga tahun ditangguhkan susulan wabak Covid-19, pesawat penerbangan sewa khas pertama dari Chengdu, China yang membawa 170 penumpang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), di sini pada pagi ini.

Penerbangan Batik Air OD611 itu mendarat di lapangan terbang tersebut pada pukul 7.10 pagi tadi dan disambut dengan pancuran air.

Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia/ Afrika) Tourism Malaysia, Manoharan Periasamy berkata, kebanyakan penumpang tersebut adalah daripada kategori fully independant traveller (FIT) atau pengembara bebas sepenuhnya, berbanding mereka yang melancong secara berkumpulan.

“Apa yang menarik kebanyakan pelancong dalam penerbangan sewa khas ini merupakan FIT, jadi pakej (pelancongan) yang dipilih pelbagai dan berbeza.

“Sehubungan itu, kita berharap kemasukan penerbangan sewa khas ini dapat menjana lagi pertumbuhan ekonomi di Langkawi,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Penerbangan Sewa Khas dari Chengdu, China di LTAL, di sini hari ini.

Beliau pada masa sama berharap penggiat industri pelancongan di pulau peranginan ini dapat menawarkan pakej dan tempat-tempat menarik kepada kumpulan pelancong tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI