fbpx

Aries Ryan, Ika Ka Shira dikesan bantu siasatan kes SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aries Ryan dan Ika Ka Shira dicari SPRM Sabah bagi membantu siasatan kes.

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SPRM.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, individu pertama iaitu Aries Ryan Phillip Among, 29, mempunyai alamat terakhir di No 42, Lorong 5, Taman Hilton Donggongon, 88300 Penampang, Sabah.

Sementara itu, katanya individu kedua, Ika Ka Shira Binti Jeffry, 26, pula mempunyai alamat terakhir di Lot 15, Lorong 14, Ujana Kingfisher, Kuala Inanam, Likas, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, PKPs Masnah Binti Basir di talian 088-488381, 016-8811870 atau e-mel kepada [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI