fbpx

Hujan lebat di 4 negeri sehingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

Menurut MetMalaysia, ribut petir diramal berlaku di negeri Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Seterusnya, hujan lebat dijangka di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Selain itu, Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) turut dijangka mengalami hujan lebat sehingga 12 tengah hari ini.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI