fbpx

PRN: Tok Mat perjelas isu ketiadaan nama Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan isu ketiadaan nama Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Menurutnya, senarai nama calon bagi PRN di enam negeri ini dikemukakan oleh Badan Perhubungan Negeri masing-masing.

“Jadi, ia terpulang kepada Badan Perhubungan masing-masing untuk menamakan (calon) dan kami saring mana yang sesuai.

“Kita bincang semula dengan Badan Perhubungan dan secara persetujuan bersama kita akan memilih calon terbaik untuk mewakili parti,” ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman calon BN PRN di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari in.

Terdahulu, nama Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri itu menjadi sebutan setelah namanya tidak diumumkan bersama dengan 12 calon BN yang disenaraikan pada PRN Selangor.

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu sebelum ini bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Dalam pada itu, Mohamad tidak menolak sebarang kemungkinan akan ada akan ada pertambahan nama calon di saat akhir.

“Kadang-kadang watikah tukar, jadi kita tak tahu,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamad berkata, satu kerusi DUN di Terengganu belum diumumkan malam ini.

“Cuma ada satu DUN yang kita belum namakan di Terengganu kerana kita buat saringan-saringan tertentu, seperti biasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI