fbpx

Liga Super: Kelantan FC tamat badi kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Kelantan FC meraikan jaringan ketika mengikat Kuching City seri 2-2 sebentar tadi. - Foto ihsan MFL

PASUKAN Kelantan FC akhirnya menamatkan kemarau apabila mengutip mata pertama dalam 11 perlawanan apabila mengikat Kuching City seri 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Angel Alfredo Vera itu membariskan kesebelasan terbaik meskipun hanya diwakili seorang pemain import dari Indonesia, Natanael Siringo Ringo.

Kuching City pula dilihat menurunkan kesebelasan dengan ‘acuan’ berbeza selepas pengendali, Irfan Bakti Abu Salim meletakkan jawatan pada awal minggu ini.

Skuad The Red Warriors bermula garang apabila meraih gol seawal minit keempat hasil jaringan jarak jauh Mohamad Hafizan Ghazali.

Pasukan tuan rumah berusaha untuk mencari gol penyamaan dan hanya meraih jaringan menerusi ledakan Abu Kamara pada minit ke-58.

Kamara sekali lagi menjadi duri dalam daging buat skuad pasukan pelawat apabila menyempurnakan sepakan penalti berselang tujuh minit kemudian.

Namun, Kelantan mempamerkan semangat juang tinggi untuk mencuri satu mata berharga dan Siringo Ringo meledak gol penyamaan pada minit ke-79 sekali gus keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kali terakhir Kelantan FC meraih mata adalah pada 17 Mac lepas dengan mengikat KL City dengan keputusan 2-2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI