fbpx

Baju saiz gergasi, Aina Abdul naik lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA sekali lagi mengundang perhatian ramai menerusi selera fesyen luar biasanya.

PETALING JAYA – Menggayakan baju bersaiz besar menuntut penyanyi, Aina Abdul menaiki lori bagi menghadiri Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) yang berlangsung di Istana Budaya hari ini.

Perkara tersebut dipertontonkan Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, menerusi siaran langsung dalam Instagramnya hari ini.

Dia turut mencuri perhatian ramai ketika tiba di karpet merah dengan menggayakan busana berwarna merah yang diinspirasikan daripada sehelai blazer gergasi.

Fesyen pelik tersebut menuai pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji keberanian pelantun lagu Sumpah itu menggayakan busana tersebut.

“Lain macam fesyen dia malam ini, sampai kena naik lori!

“Akhirnya terjawab persoalan mengenai baju yang bakal dipakai Aina malam ini,” kata segelintir netizen.

Sebelum ini, Aina pernah dikritik kerana kerap tampil dengan fesyen pelik antaranya persis plastik sampah, pasu bunga dan tilam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI