fbpx

Operasi SAR dua beradik hilang diteruskan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASON Lim, 6 tahun (kanan) bersama adiknya Amber Lim, 4 tahun. - Foto: Ihsan Bomba

KENINGAU – Usaha mencari dua beradik yang hilang selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama bapa dihanyutkan arus deras di Sungai Liawan, Kampung Dangulad ditangguhkan setakat pukul 5 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran berkata, usaha mencari mangsa hilang dikenali sebagai Jason Lim, 6 tahun dan Amber Lim, 4 tahun masih belum menunjukkan sebarang penemuan.

Bagaimanapun, Mudi berkata, usaha pencarian ini akan diteruskan esok sehingga kedua-dua mangsa ditemui.

“Operasi pencarian yang dilaksanakan meliputi kawasan Sungai Liawan, tempat kejadian sehingga Sungai Pegalan.

“Usaha pencarian yang dijalankan setakat ini membabitkan 35 anggota daripada pelbagai agensi.

“Pasukan bomba sudah mengerahkan keanggotaan terbabit supaya mencari mangsa menggunakan kaedah bersesuaian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, dua beradik terbabit dalam kejadian malam tadi dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapa mereka hanyut ketika cuba melintasi jambatan konkrit di kampung berkenaan.

Kenderaan jenis Toyota Hilux itu dihanyutkan arus deras selepas air dikatakan tiba-tiba naik mendadak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI