fbpx

Adik lari, abang ganti jadi pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mempelai kelihatan malu ketika bersanding. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki sanggup menjadi pengantin selepas adiknya melarikan diri menjelang hari perkahwinan, lapor laman berita SindoNews semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @anitasyafutri9. 

Jika dilihat berdasarkan video tersebut, majlis perkahwinan yang diadakan di daerah Campalagian, Polewali Mandar itu berlangsung dengan tenang.

Kedua-dua mempelai pula dilihat tidak menunjukkan riak wajah yang muram.

Namun, di sebalik hari bahagia itu, pengantin lelaki ternyata menggantikan adiknya yang melarikan diri kerana enggan berkahwin.

Pemilik akaun TikTok yang merupakan sepupu kepada pengantin lelaki meluahkan rasa sedih bercampur gembira melihat majlis perkahwinan itu.

Menurutnya, pengantin lelaki bernama Muh Aksa sanggup menggantikan adiknya, Faisal.

Kedua-dua keluarga kemudian meneruskan majlis yang sudah lama dirancang apabila Muh Aksa bersetuju berkahwin dengan pengantin perempuan bernama Ade.

Ketua Kampung Kenje, Alimuddin berkata, keluarga dua mempelai itu masih mempunyai ikatan kekeluargaan dan mereka telah berunding sebelum proses akad nikah diteruskan.

Sehingga hari ini, mereka sekeluarga tidak tahu punca Faisal melarikan diri, malah keberadannya juga tidak diketahui. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI