fbpx

Piala FA: Hodak impi lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HODAK (kiri) akan turun dengan strategi yang lebih kompak dan tidak akan bermain secara terbuka selepas mereka berdepan aib pada aksi sebelum ini.

PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak akui tidak berdepan tekanan ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Hodak memberitahu, pasukan kendaliannya bukanlah pasukan pilihan ketika berdepan dengan skuad Harimau Selatan yang berada pada prestasi terbaik ketika ini, bukan sahaja tidak pernah kalah, malah belum keciciran mata dalam saingan Liga Super.

“Bagi saya, pasukan JDT ketika ini adalah pasukan terbaik yang kita saksikan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka bukan sahaja dibarisi pemain import yang berkualiti, malah dipenuhi pemain oleh pemain tempatan yang bagus.

“Justeru, tidak ada tekanan psikologi terhadap pemain KL City setelah ramai menjangkakan JDT adalah calon pilihan bagi menjulang Piala FA. Saya cuma mengharapkan pemain dapat beraksi dengan baik dan tuah berpihak kepada untuk mengejutkan JDT,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Ditanya mengenai persediaan pasukan, pengendali kelahiran Croatia itu memberitahu, beliau akan menurunkan kesebelasan terbaik pasukan bagi mencipta kejutan menafikan hajat JDT untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu.

Tanpa berselindung, Hodak memberitahu KL City akan bermain bertahan secara kompak bagi menutup segala ruang buat skuad kendalian Esteban Solari itu untuk mencipta peluang gol.

“Jika saya bermain secara ‘open play’, saya pasti menerima nasib sama seperti pertemuan terdahulu (tewas 1-6).

“Oleh itu, kita kena bijak de­ngan bermain secara defensif bagi mematahkan gerakan lawan dan menunggu detik untuk menyerang balas. Pemain perlu tenang dan bermain dengan ter­atur,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemam­puan menyesuaikan diri beraksi di padang rumput jenis ‘Zeon Zoysia’, Hodak berkata, hal itu tidak menjadi masalah, namun percaya ia memberi kelebihan buat pasukan tuan rumah.

“JDT pastinya adalah kelebihan kerana mereka kerap bermain di padang ini berbanding pasukan lawan. Sebab itu jika tanya saya, tidak adil bagi kami untuk beraksi di SSI dan bukannya di gelanggang berkecuali.

“Saya mengharapkan segala persiapan menjelang pertemuan ini menghasilkan keputusan yang positif, ada masanya ia tidak jadi seperti apa yang dirancang dan memerlukan tuah untuk mencipta keajaiban.

“Saya juga harap permainan itu dikendalikan pengadil perlawanan yang tegas dan harapnya tidak ada yang bermain bunga api di luar bilik hotel pukul 3 pagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI