fbpx

Objek di kereta Siti Kasim dipercayai bom jenis IED

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amihizam (kanan) ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di Jalan Maarof, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan objek menyerupai bom diletakkan pada tayar belakang kereta milik Peguam, Siti Zabedah Kasim dipercayai bom jenis Improvised Explosive Device (IED).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan tersebut kira-kira pada pukul 12.38 tengah hari daripada seorang wanita.

Katanya, mangsa yang juga dikenali sebagai Siti Kasim menyatakan ada objek menyerupai bom diletakkan bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica miliknya.

“Sejurus terima panggilan itu, pasukan polis serta merta menutup kawasan sekitar kenderaan yang mempunyai bahan letupan terbabit serta memanggil Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Bomba.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati dua botol plastik yang diletakkan adalah bahagian tayar belakang itu adalah dipercayai bom jenis IED,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di Jalan Maarof, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan siasatan lanjut akan dilakukan pihak polis untuk mendapatkan pengesahan mengenai bahan letupan itu.

“Bom tersebut kita berjaya bawa keluar dan akan dihantar kepada pakar (Unit Forensik) untuk pengesahan yang lebih tepat.

“Siasatan terhadap mangsa pula mengatakan dia berada di lokasi kejadian untuk servis kereta tersebut sebelum memulakan perjalanan ke Kelantan.

“Menurut mangsa, dia ada menerima ancaman sebelum ini dan selebihnya masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendakwa terdapat objek menyerupai bom diletakkan pada keretanya.

Siti Kasim dalam siaran langsung di Facebook rasminya berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya itu ke pusat servis kereta, di Jalan Maarof, sekitar pukul 12 tengah hari tadi.

Dia mendapati terdapat dua botol mineral yang disangkut di bahagian belakang tayar kereta ketika berada di bengkel kereta untuk servis kenderaanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI