fbpx

Giliran buah pic dalam tin pula tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian buah pic dalam tin yang tular di TikTok.

PETALING JAYA – Kecewa dengan donut pic yang selalu kehabisan stok, kini orang ramai mula berpaling arah kepada buah pic dalam tin.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik @imanmulamemasak di akaun TikTok miliknya berkata, dia bertekad untuk mencuba buah tersebut selepas beberapa hari gagal untuk mendapatkan donut pic yang tular itu.

“Dah hari keberapa, aku masih tak jumpa pun lagi donut pic tu. Tapi aku hanya jumpa buah dalam tin ini saja.

“Rasa dia sangat sedap masam dan manis, makan pula dengan susu cair dan ais, sebiji macam makan koktail,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berkongsi pengalaman sendiri mencuba buah pic dalam tin itu.

“Memang sedap, kami diajar makan buah pic ni dari nenek kami. Dari kecil lagi kami makan macam ni,” komen Puteri Nissaben.

“Jangan lepas ni buah dalam tin pula habis dijual. Saya suka beli buah ni dan buat puding, sedap,” ujar Cik Manis.

Terdahulu, donut pic mendapat perhatian ramai dan menjadi trending di TikTok selepas beberapa pempengaruh berkongsi akan keenakan buah tersebut selain rasanya yang sedikit unik.

Setakat ini, video perkongsian tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan meraih 94 ribu tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI