fbpx

Kes kekal tiga angka, enam kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak 869 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara sebanyak 42,050 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, satu daripadanya kes import membabitkan warga asing tiba dari Nepal.

“Selain itu, sebanyak enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan sebanyak 300 kes kematian direkodkan sehingga kini.

“Pada masa sama, sebanyak 725 kes sembuh dicatatkan dan jumlah keseluruhan kes pulih Covid-19 di seluruh negara sebanyak 30,304 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat 82 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 27 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI