fbpx

APMM lupus dua bot nelayan Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Terengganu melupuskan dua bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Dua lagi bot nelayan Vietnam yang telah disita Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) setelah menceroboh perairan negara telah dilupuskan, hari ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, dua bot nelayan asing tersebut telah dilucut hak oleh mahkamah, baru-baru ini.

“Kedua-dua bot yang masing-masing di bawah berat 70 tan itu dilupuskan dengan cara dihancurkan dengan jentolak.

“Sebelum ini, dua bot nelayan asing tersebut telah ditahan APMM pada kedudukan 102 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu pada tahun lalu,” katanya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI