fbpx

Empat negeri berdepan cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak empat negeri dijangka mengalami cuaca buruk pada sebelah petang hari ini meliputi Perlis, Kedah, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.

Ramalan tersebut dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook rasminya, sebentar tadi.

Menurut laporan itu, antara kawasan berisiko dilanda hujan lebat, ribut petir serta angin kencang adalah seluruh negeri Perlis dan Kubang Pasu, Kedah.

Sementara itu, di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat serta seluruh Labuan,” jelas MetMalaysia.

Bagaimanapun, keadaan tersebut dijangka akan berlarutan sehingga pukul 4 petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI