PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) akan membuka cawangan pejabat pasport baharu yang dijangka dapat beroperasi sepenuhnya, tiga bulan lagi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cawangan baharu itu akan di buka di Pusat Membeli Belah Shaftbury Mall, Presint 1, di sini.
Beliau berkata, keputusan itu adalah sebagai satu ikhtiar baharu JIM kepada rakyat dan masyarakat sekitar untuk mendapatkan pasport dengan lebih cepat.
“Kita menjangkakan pembukaan cawangan baharu ini dapat memudahkan komuniti sekitar Serdang, Sungai Besi, Dengkil, Cyberjaya dan Cheras.
“Malah, ia sekali gus dapat mengurangkan kesesakan waktu puncak khususnya yang di ibu pejabat JIM di Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar sempena Sambutan Hari Imigresen 2023 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE