fbpx

Mayat Bah Mail ditemukan selepas 10 hari hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa yang ditemukan di anak sungai di bawa keluar dan dihantar ke Hospital Lipis.

LIPIS – Selepas 10 hari hilang mayat seorang lelaki Orang Asli akhirnya ditemukan di kawasan hutan berhampiran Kampung Chekai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Nor berkata, mayat mangsa, Bah Mail Pak Gendet,76, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 10 kilometer dari pusat kawalan pada pukul 1.05 tengah hari.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dalam anak sungai dengan baju dan parang berada di tepi anak sungai.

“Pengecaman mayat dilakukan oleh anak mangsa berasaskan cincin dan baju dipakai dan sebilah parang serta kunci rumah yang dibawa mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk tujuan bedah siasat,”katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Bah Mail dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada pukul 8 pagi, 9 Julai lalu.

Susulan itu, penduduk kampung telah memulakan pencarian sebelum membuat laporan polis selepas jejak mangsa tidak ditemui.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI