fbpx

JPJ nafi warga emas wajib pemeriksaan mata untuk lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan mesej tular mendakwa warga emas lebih 65 tahun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan penglihatan untuk mendapatkan lesen memandu.

Ia berikutan tular di aplikasi WhatsApp hantaran yang mewajibkan golongan tersebut melakukan pemeriksaan berkenaan di mana-mana kaunter JPJ bermula tahun 2024.

JPJ dalam kenyataan berkata, mesej tular tersebut adalah tidak benar dan orang ramai diminta tidak tertipu dengannya.

“Tiada perubahan membabitkan proses pembaharuan lesen memandu buat warga emas.

“Sehubungan itu, pembaharuan lesen memandu bagi warga emas adalah seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sehubungan itu, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat supaya tidak tertipu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI