fbpx

Pelajar Tingkatan 1 maut terjatuh bangunan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pelajar Tingkatan 1 maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah di Durian Daun, Melaka. - foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di Durian Daun, di sini,hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap dan kepala berdarah oleh seorang tukang kebun sebelum insiden terbabit dilaporkan kepada pihak sekolah.

Mayat pelajar yang maut di sebuah sekolah menengah di Durian Daun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.31 petang menerusi talian MERS 999 dibuat seorang guru.

“Kita menerima panggilan daripada guru memaklumkan terdapat seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 terjatuh dari tingkat dari tingkat dua bangunan sekolah di Durian Daun.

“Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua memandangkan kasut si mati ada ditinggalkan di kaki lima aras tersebut,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, setakat ini tiada saksi bebas yang melihat mangsa terjun atau terjatuh dan tiada kesan perbuatan jenayah di sekitar kawasan.

“Mangsa ditemui dalam lengkap memakai pakaian sukan sekolah dan tidak memakai kasut, sebaliknya hanya berstokin.

“Motif kejadian masih lagi dalam siasatan. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI