fbpx

Nekad berniaga demi rawat ibu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL AIN berjaya mengubah kehidupan keluarganya selepas bergelar usahawan.

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itu kata-kata yang menjadi pegangan, sekali gus merubah 360 darjah kehidupan wanita kelahiran Alor Gajah, Melaka ini.

Dia telah uji dengan komplikasi kesihatan ibunya yang menghidap diabetes hingga disahkan doktor tiada harapan untuk hidup.

Detik itu membuatkan Nurul Ain Mahad terduduk bagai hilang arah tujuan.

Menurutnya, kesihatan ibunya mula merosot sekitar tahun 2020 ketika negara dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

“Perkara paling berat dalam hidup saya apabila diuji dengan kesihatan emak ketika itu.

“Saya masih ingat ketika emak terpaksa ditolak ke unit rawatan rapi (ICU) dan doktor sahkan emak saya DIL (Death In Line) akibat komplikasi penyakit kencing manisnya.

“Masa itu saya tak tahu dunia saya di mana. Lebih dua minggu saya putus asa.

“Tapi saya bangkit semula atas dorongan suami dan percaya emak saya pasti akan sedar serta pulih semula,” katanya.

Menyorot kembali detik sukar itu, Nurul Ain bersyukur selepas beberapa hari ibunya kembali sedar.

Sejak itu, dia berazam untuk menjaga ibunya selagi hayat masih ada, selain melengkapkan segala keperluan.

Jelas Nurul Ain, beberapa bulan sebelum insiden tersebut, dia baru sahaja mendaftar sebagai pengedar bagi sebuah jenama produk selepas sekian lama menjadi suri rumah.

Katanya, dia memiliki sifat pemalu lebih-lebih lagi untuk berniaga dan bertemu dengan orang pada ketika itu.

NURUL AIN (berdiri, tengah) sering berbakti kepada ibunya (duduk) yang menghidap diabetis.

Namun ujarnya, dia nekad untuk berniaga demi menambah pendapatan keluarga, sekali gus membantu suami.

“Sebelum berkahwin saya bekerja sebagai operator di sebuah syarikat percetakan.

“Selepas berkahwin, saya terus menjadi suri rumah tangga kerana mengalami alahan ketika mengandung anak pertama.

“Berbekalkan izin suami dan sejumlah wang sebagai modal permulaan, saya beranikan diri menjual produk wangian jenama L’amour hingga ke hari ini.

“Mungkin secara kebetulan, sejak emak jatuh sakit dan tidak boleh berjalan, saya gunakan wang hasil perniagaan ini untuk menampung kos rawatan serta pembedahan.

“Kalau pesakit kencing manis ini biasalah, segala ubat luka sangat mahal.

“Alhamdulillah, berbekalkan wang perniagaan, saya mampu sediakan semua keperluan emak,” ujarnya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, selepas beberapa tahun berniaga, dia telah dinaikkan pangkat kepada ‘master’ stokis.

Kini, Nurul Ain mempunyai lebih 30 orang ejen di bawah kendaliannya.

“Alhamdulillah, L’amour betul-betul mengubah kehidupan saya. Saya dulu hanya suri rumah yang mengharapkan wang diberi suami setiap bulan.

“Saya juga harus menahan kemahuan dan keperluan saya demi penjimatan ekonomi keluarga.

“Sebelum berniaga, saya dan suami pernah pecahkan tabung demi duit perbelanjaan harian.

“Kini, saya gembira dan bersyukur kerana dengan L’amour saya dapat membantu suami serta pulihkan beban kewangan keluarga kami,” katanya.

Malah, wanita berusia 36 tahun itu berpeluang membeli rumah serta kereta baharu hasil titik peluh berniaga.

Berkongsi sedikit tip dan nasihat kepada wanita yang minat berniaga, berkata, jangan sesekali malu dan mulakan dengan niat kerana Allah SWT.

Ujarnya, jika sudah berniaga, jangan mensia-siakan peluang yang telah terhidang. Tambahnya, jangan disebabkan sedikit ujian terus berputus asa dan berhenti berniaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI