fbpx

Anwar dan isteri tiba di Vietnam untuk lawatan rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Dr. Wan Azizah tiba di Hanoi, Vietnam hari ini disambut oleh Minh Chinh. - Foto Facebook Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hanoi, Vietnam hari ini sempena lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Perdana Menteri Vietnam, TYT Pham Minh Chinh.

Anwar memaklumkan, beliau tiba di sana ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan delegasi dari Kuala Lumpur.

Turut sama dalam lawatan ini adalah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

“Kunjungan ini memberi peluang kepada kami untuk menilai kerjasama terutamanya dalam bidang halal, pertanian, pertahanan dan keselamatan, pendidikan dan pembangunan modal insan antara Malaysia dan Vietnam.

“Lawatan ini juga adalah sebagai pengiktirafan terhadap hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Vietnam sejak lima dekad yang lalu,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Selain bertemu pemimpin tertinggi Vietnam, Anwar juga akan mengadakan pertemuan bersama komuniti perniagaan serta rakyat Malaysia yang menetap di Vietnam sekali gus berpeluang berkongsi dasar dan aspirasi negara bersama mereka.

“Semoga lawatan ini dapat membawa manfaat buat kedua-dua negara, insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI