fbpx

Tentera BOS akan gegar Stadium Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEMUA ahli BOS bakal turun menyemarakkan Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan akhir Piala FA antara JDT menentang KL City di Iskandar Puteri malam ini. – RAJA JAAFAR ALI

TENTERA’ Johor Darul Ta’zim (JDT), Boys Of Strait (BOS) bersedia menggegarkan stadium keramat JDT, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang bakal menjadi pentas skuad Harimau Selatan menjulang Piala FA 2023.

Menurut wakil ketua BOS, ­Farihin Johari berkata, detik 22 Julai ini bakal menjadi tarikh keramat buat penyokong JDT di mana juara Liga Super itu muncul pemenang selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC di laman sendiri.

“Ini adalah aksi final yang istimewa buat kami kerana berpeluang menjulang Piala FA di gelanggang sendiri, ia akan menjadi sesuatu yang akan dikenang sampai bila-bila.

“Oleh itu, selaku pemain ke-12, akan memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada skuad Harimau Selatan untuk terus berjuang memastikan kemenangan dalam tangan, melengkapkan malam bersejarah buat JDT,” katanya.

Dalam pada itu, Farihin berkata, BOS menjanjikan sesuatu yang istimewa pada perlawanan tersebut dan ‘chant’ baharu bagi meniup semangat juang JDT.

“Seperti aksi final yang lalu, kita telah siapkan tifo gergasi yang akan dinaikkan pada awal perlawanan akhir itu, kita juga ada lagu baharu untuk pertemuan istimewa ini.

“Kami berharap semua penyokong JDT yang akan turun ke stadium pada Sabtu ini dapat bersama-sama BOS untuk memalu gendang perang buat pejuang Harimau Selatan di padang,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut memberi ingatan kepada penyokong Harimau Selatan untuk menjaga sikap dan tidak mencemarkan nama baik JDT selaku tuan rumah.

“Kami berharap tidak ada provokasi melampau dicetuskan sehingga mencacatkan hari istimewa ini nanti. Ini membo­lehkan semua yang hadir ke SSI menikmati kemeriahan bola sepak sebenar.

“Kami juga harap berharap permainan dapat ditamatkan dalam tempoh 90 minit permainan. Berdasarkan prestasi semasa, kami jangka JDT mampu menang 3-0, pasukan perlu berhati-hati dengan muslihat Bojan Hodak yang cukup berpengalaman,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI