fbpx

TdF: Pogacar akui impian semakin lenyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR terlibat dalam insiden kemalangan pada perlumbaan peringkat ke-17 sekali gus menyaksikan dia ketinggalan lebih tujuh minit di belakang Vingegaard. - AFP

COURCHEVEL, Perancis – Impian pelumba UAE Team Emirates, Tadej Pogacar untuk memenangi kejuaraan Tour de France buat ketiga ‘lenyap’ apabila terbabit dengan kemalangan ketika pendakian ke puncak Col de la Loze peringkat ke-17 kelmarin.

Keadaan itu menyaksikan Pogacar yang sebelum itu ketinggalan satu minit dan 38 saat ketika saingan ujian masa individu, semakin sukar untuk mengejar juara bertahan Jonas Vingegaard selepas menamatkan perlumbaan tersebut di kedudukan empat terpantas.

Ketika peloton memasuki bahagian pendakian sejauh 28.1km, Pogacar dilihat terjatuh secara tiba-tiba dan tidak dapat dipastikan dia melakukan kesilapan atau berpunca pelumba lain.

“Saya sudah tiada harapan, impian saya sudah mati. Saya tiba di kaki pendakian dengan keadaan kosong. Saya makan banyak, tetapi tenaga itu tidak sampai ke kaki saya.

“Saya amat kecewa. Ia adalah salah satu hari paling teruk sepanjang karier saya,” kata Pogacar yang ketika ini ketinggalan tujuh minit 35 saat di belakang Vingegaard.

Sementara itu, Vingegaard dilihat lega selepas berjaya meninggalkan pesaing hebatnya, Pogacar, namun percaya seteru utamanya itu bangkit pada baki tiga pusingan perlumbaan yang bakal berakhir pada 23 Julai nanti.

“Saya benar-benar tidak menjangkakan akan mengalami hari yang begitu baik dan sukar untuk saya gambarkan ketika ini. Saya benar-benar lega apabila berjaya mendapat jurang tujuh minit dengan Pogacar.

“Apapun saya pasti Pogacar akan cuba melakukan sesuatu. Masih ada beberapa perkara menarik untuk datang dalam jelajah ini. Pada ketika itu, saya berada di belakang Pogacar ketika dia terjatuh,” ujar Vingegaard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI