fbpx

Gvardiol bakal pecah rekod milik Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GVARDIOL menjadi sasaran City pada jendela perpindahan kali ini dan yuran perpindahannya mungkin memecahkan rekod Maguire sebelum ini. - AFP

MANCHESTER – Pasukan Manchester City dilaporkan sudah bersetuju secara lisan untuk menandatangani khidmat pemain Red Bull Leipzig, Josko Gvardiol dengan nilai sebanyak £90 juta (RM540 juta) sekali gus pecah rekod pertahanan termahal dunia.

Difahamkan, Pengurus City, Pep Guardiola meletakkan nama Gvardiol sebagai pemain sasaran No. 1 kelab pada jendela perpindahan kali ini bagi menguatkan pasukan yang berjaya melakar kejuaraan trebel musim lepas.

Gvardiol yang baru berusia 21 tahun dianggap sebagai salah seorang pertahanan terbaik dunia sejak mewakili skuad utama Leipzig pada musim 2020.

Malah, Gvardiol bakal menjadi pemain utama ketiga Leipzig yang mencuba nasib di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas penyerang, Christopher Nkunku berhijrah ke Chelsea dan perancang, Dominik Szoboszlai (Liverpool).

Sekiranya perpindahan pemain antarabangsa Croatia itu menjadi realiti, dia akan menjadi tonggak kedua yang sertai The Citizens pada jendela perpindahan kali ini selepas rakan senegara, Mateo Kovacic berhijrah dari Chelsea bulan lepas.

Sebagai rekod, status pemain pertahanan termahal dunia sebelum ini masih lagi dimiliki oleh tonggak Manchester United, Harry Maguire yang berhijrah daripada kelab Leicester City dengan nilai sebanyak £80 juta (RM480 juta).

City dilaporkan mempunyai dana untuk menandatangani khidmat Gvardiol selepas hampir pasti menjual Riyad Mahrez ke kelab Liga Pro Arab Saudi, Al Hilal yang bersetuju dengan terma perpindahan sebanyak £30 juta (RM192.8 juta). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI