fbpx

KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KKM di Putrajaya, hari ini.- GAMBAR : FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia ada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, Ogos depan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, bagaimanapun, kementerian juga akan membincangkan mengenai perkara itu dengan SPR sekiranya terdapat keperluan untuk menambah baik SOP berkenaan.

“Kita ambil maklum dan SOP nya adalah sedia ada, tetapi kita juga akan berbincang jika ada atau perlu lakukan langkah-langkah berbeza daripada SOP biasa dengan SPR, MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan agensi terlibat.

“Sebagai contoh pada pilihan raya lepas, mereka yang positif dibenarkan untuk mengundi dengan langkah-langkah tertentu, jika perlu kepada prosedur lain (kita akan bincang),” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di sini hari ini.

Pada 29 Jun lalu, media melaporkan pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan tidak lagi diwajibkan berkuatkuasa 5 Julai.

Zaliha berkata, di bawah penilaian semula SOP, individu yang positif Covid-19 dan mereka yang mengendalikan pesakit itu hanya dikehendaki memakai pelitup muka di lokasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI