fbpx

Wanita dicaci kerana nama Corona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita bernama Corona Newton berdepan cacian orang ramai kerana namanya. - Facebook

LONDON – Seorang wanita Britain menerima banyak ugutan telefon dan pandangan serong orang ramai hanya kerana memiliki nama serupa dengan wabak koronavirus.

“Ada yang pernah memberitahu saya mereka tidak perlu mendengar pendapat seseorang yang dinamakan sempena nama virus,” kata wanita itu kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Corona Newton yang berasal dari Oldham, berdekatan bandar Manchester, berkata ketika dia sedang memandu kereta menuju ke klinik gigi minggu lalu, ada seorang lelaki menghubunginya semata-mata mahu menjerit kepadanya.

“Dia menjerit sambil mengatakan apa rasanya menjadi punca dunia sedang berdepan kemusnanahan,” katanya.

Malah ketika mesyuarat ibu bapa dan guru di sekolah, anak perempuannya dituduh berkelakuan tidak sopan hanya kerana menyebut nama Newton meskipun tidak merujuk soal pandemik Covid-19.

Newton yang berasal dari Ireland berkata dia diberi nama Corona sempena nama bidan yang membantu melahirkannya.

Sejak kecil, Newton sering berdepan ejekan akibat namanya. 

Jika dahulu, nama Newton sering dikaitkan dengan jenama bir Corona.

“Orang pernah memanggil saya dengan nama Guinness dan Budweiser tetapi itu boleh dianggap gurauan.

“Kali ini, ejekan menjadi lebih menyakitkan hati terutama jika ia bertukar agresif,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI