fbpx

Sasar 100 peratus akses internet kawasan berpenduduk – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kanan) menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet satelit termasuk Starlink untuk ke arah 100 peratus akses internet di kawasan berpenduduk.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pada masa ini kira-kira 97 peratus kawasan berpenduduk telah mempunyai akses internet.

“Untuk baki tiga peratus pula, ada isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian,” katanya pada hantaran Facebook beliau hari ini.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan telah menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink baru-baru ini.

“Ini sekali gus membenarkan Starlink menyediakan perkhidmatan internet satelit di Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman.

“Insya-Allah Starlink akan memulakan perkhidmatan mereka di kawasan institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah terlebih dahulu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri minggu lepas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI