fbpx

Terlibat sindiket penyeludupan sisik tenggiling, seorang lagi ditahan – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lelaki warga tempatan yang dikesan sebelum ini kerana disyaki terlibat sindiket menyeludup dan melupuskan sisik tenggiling serta terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Perintah reman selama empat hari bermula semalam terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nor Syakirah Che Hashim setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.

Sumber berkata, suspek berusia lingkungan awal 40an itu dipercayai ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 6 petang, kelmarin.

“Sebelum ini, SPRM telah menahan reman empat individu dimana tiga daripada mereka ditahan reman selama empat hari dan seorang lagi dua hari hasil serbuan dijalankan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM menerusi Op Jaguar di sebuah premis di Klang, Selangor dan di Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

Jelasnya, suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Terdahulu media melaporkan, SPRM menahan empat lelaki dan merampas hampir dua tan sisik haiwan itu yang bernilai kira-kira RM23.4 juta berkaitan kes sogokan dipercayai menyeludup dan melupuskan sisik tenggiling serta terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI