fbpx

PRN: Pelajar universiti sudah cuti semester pada hari pengundian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kiri) merasmikan Jentera BN Parlimen Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Pelajar universiti tempatan dijangka tiada halangan untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini memandangkan kebanyakannya telah selesai menjalani peperiksaan akhir semester pada hari pengundian, 12 Ogos depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, majoriti golongan terbabit dijangka sudah pulang ke kampung masing-masing pada tarikh tersebut.

“Sekarang pelajar (universiti) sedang menjalani peperiksaan (akhir semester). Kebanyakan universiti sudah habis peperiksaan pada hari mengundi (PRN).

“Memang (hari itu) tengah cuti dan pelajar sudah berada di kampung masing-masing,” katanya selepas melancarkan Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu di sini malam tadi.

Mohamed Khaled berkata, semakan kementerian mendapati hanya dua universiti yang masih berada dalam tempoh peperiksaan akhir semester pada hari pengundian itu.

Begitupun jelas beliau, ia tidak begitu memberi kesan kepada golongan tersebut kerana mereka tidak perlu menduduki peperiksaan atau menghadiri kelas pada hari tersebut iaitu Sabtu.

“Sebelum ini, ramai pelajar universiti sendiri memberi pandangan peperiksaan (akhir semester) wajar diteruskan (mengikut jadual) kerana PRN hanya melibatkan enam negeri.

“Mereka juga berpandangan tidak keperluan diberikan cuti untuk pulang mengundi pada PRN nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI