fbpx

Ricciardo intai ‘kerusi’ Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICCIARDO mahu kembali mencipta nama di F1 selepas menyertai Alpha Tauri dan memasang impian untuk kembali mengemudi jentera Red Bull. – AFP

LONDON – Kemunculan semula Daniel Ricciardo dalam perlumbaan Formula Satu (F1) bersama pasukan AlphaTauri musim ini bukan sekadar pelengkap sebaliknya pemandu kelahiran Australia itu mempunyai misi besar terutama untuk kembali menyer­tai bekas pasukannya, Red Bull Racing.

Perkara tersebut diakui ketua pasukan Red Bull Racing, Christian Horner selepas menegaskan bahawa Ricciardo berharap untuk menggantikan Sergio Perez sebaik sahaja kontrak pemandu Mexico itu berakhir penghujung musim depan.

Ricciardo yang juga merupakan pemandu simpanan Red Bull tiba di Alpha Tauri selepas menggantikan tempat pelumba dari Belanda, Nyck de Vries yang dilihat bergelut dengan prestasi hingga gagal meraih sebarang mata pada tahun ini.

Pastinya kedudukan Perez semakin terancam sekiranya Ricciardo yang pernah berlumba untuk Red Bull Racing dari 2014-18 itu mempamerkan kejutan dalam perlumbaaan musim ini.

Sebagai rekod, pemandu berusia 34 tahun itu telah meraih tujuh daripada lapan kemena­ngannya bersama pasukan yang berpangkalan di Britain itu.

“Dia (Ricciardo) dengan tegas mahu bertanding untuk kerusi Red Bull 2025 itu. Itulah matlamat dan objektifnya. Saya rasa, dia pergi menyertai pasukan AlphaTauri sebagai laluan terbaik­nya untuk 2025.

“Pada masa ini, Perez kekal bersama kami sehingga musim 2024 dan tidak ada sebarang pe­rancangan perubahan pemandu ketika ini. Kami telah meminjamkan Ricciardo ke Alpha Tauri hingga akhir tahun ini.

“Jelas sekali, pada musim depan Max Verstappen dan Perez kekal bersaing antara satu sama lain sekali lagi tahun depan, tetapi ia sentiasa bagus untuk mempunyai pemandu berbakat seperti Ricciardo,” kata Perez.

Pada musim ini, Red Bull te­rus garang apabila mendominasi perlumbaan dengan memenangi setiap perlumbaan. Lebih manis, Verstappen kini mendahului 99 mata di hadapan selepas memenangi lapan daripada 10 perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI