fbpx

Orang Asli Pos Tuel mohon naik taraf jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Orang Asli di Pos Tuel, Gua Musang terpaksa bergadai nyawa apabila perlu melalui jalan yang runtuh akibat cuaca hujan. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 1,000 penduduk Orang Asli di Pos Tuel di sini memohon kerajaan supaya menaik taraf jalan me­nuju ke kampung mereka berikutan tahap kerosakan yang semakin teruk.

Penduduk mendakwa, terdapat kira-kira 100 kerosakan termasuk lubang kecil, jalan tidak rata, jalan runtuh dan hakisan bukit yang menutup separuh jalan yang boleh me­ngundang bahaya kepada pengguna sejak dua tahun lalu.

Penghulu Pos Tuel, Halim Sharif berkata, kerosakan jalan sepanjang 20 kilometer bermula dari simpang masuk Pos Hendrop ke Pos Tuel itu menyebabkan runtuhan tanah bukit dan hakisan jalan apabila cuaca hujan.

Katanya, jalan berturap ke Pos Tuel yang dibina sejak lebih lima tahun lalu itu menjadi nadi perhubungan penting untuk penduduk Orang Asli di lebih 10 buah kampung di sini keluar ke bandar Gua Musang.

“Kami risau apabila jalan itu sudah tidak selamat untuk digunakan penduduk Orang Asli terutamanya waktu malam ke­rana banyak berlaku kerosakan teruk.

“Saya sudah melaporkan masalah tersebut kepada pihak berwajib dan berharap agar aduan kami ini diselesaikan segera,” katanya.

Penghulu Kampung Hanir, Razak Rongging, berkata, penduduk terpaksa bergadai nyawa apabila perlu melalui jalan yang berlaku runtuhan yang masih belum dibaiki sejak bulan April lalu.

Katanya, kerosakan jalan tersebut dipercayai berpunca daripada cuaca hujan dan kenderaan yang membawa muatan berat yang melalui jalan tersebut setiap hari.

“Penduduk tiada pilihan lain kerana laluan itu merupakan satu-satunya jalan utama ke bandar,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI