fbpx

PPM Sandakan rampas 7,990 bungkus rokok seludup tanpa cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 7,990 bungkus rokok pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan dalam serbuan cubaan menyeludup di Sungai Luboh malam tadi.

SANDAKAN – Sebanyak 7,990 bungkus rokok pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai dengan nilai termasuk cukai berjumlah kira-kira RM91,289 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini dalam serbuan cubaan menyeludup di Sungai Luboh malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, rampasan dibuat dalam satu operasi Ops Landai Khas.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata, berlaku kejar-mengejar antara pihak berkuasa dan suspek sejurus sepasukan pegawai dan anggota memperkenalkan diri sebagai polis.

Rusdin berkata, juragan bot bertindak memecut laju bot ke kawasan cetek sebelum terjun melarikan diri ke kawasan paya bakau.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot jenis kayu itu, kita berjaya menemukan sebanyak 7,990 bungkus rokok pelbagai jenama.

“Antara jenama rokok yang ditemui termasuklah Astro Merah, Royal Premium, Grow, Menara, Arena dan Gudang Garam.

“Kita turut merampas sebuah bot kayu dan satu unit enjin sangkut. Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah sekitar RM111,289,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Rusdin berkata, semua barangan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI