fbpx

Umat Islam perlu jiwai peristiwa hijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Fuzi (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek kepada tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang bagi tahun 1445H / 2023, Prof Dr. Mohammad Ilyas di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinnag malam tadi.

SEBERANG PERAI – Umat Islam di negeri ini diseru agar menjiwai peristiwa hijrah sempena sambutan Maal Hijrah yang disambut semalam.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, peristiwa hijrah bukan sahaja sekadar mengenang perpindahan Nabi Muhammad SAW secara fizikal, dengan meninggalkan harta dan tanah kelahiran semata-mata.

Menurutnya, peristiwa hijrah itu telah memperlihatkan bagaimana Nabi Muhammad SAW telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.

“Mereka disatukan dengan perpaduan sesama Islam berteraskan prinsip persaudaraan iman, yang menghapuskan kebanggaan diri, fanatik perkauman dan kekeluargaan yang menjadi kebanggaan bagi bangsa Arab.

“Rasulullah SAW menegakkan negara dengan mendahulukan konsep perpaduan rakyat dalam masyarakat majmuk, bermula dengan menyatukan umat Islam,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Pulau Pinang di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, malam tadi. Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Pada majlis tersebut, ahli astronomi Islam, Prof Dr. Mohammad Ilyas Shahabuddin,73, dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1445H / 2023.

Dalam pada itu, katanya, tema sambutan tahun baharu hijrah pada tahun ini iaitu Perpaduan Teras Masyarakat Madani sangat bertepatan dengan aspirasi negara ke arah membina masyarakat yang beradab (civilised) yang maju dari segi pemikiran, kerohanian, dan material. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI