fbpx

Pertuduhan terhadap Sanusi tiada kaitan dengan kerajaan – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil

PETALING JAYA – Pertuduhan dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor di mahkamah tiada kaitan dengan kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Muhammad Sanusi menghadapi pertuduhan itu kerana kenyataannya membabitkan Raja-Raja Melayu.

“Kamu buat kenyataan yang ada kecenderungan untuk bangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja. Ini tiada kaitan dengan kerajaan,” katanya ringkas dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau dalam hantaran itu turut berkongsikan laporan berita Muhammad Sanusi sebagai mendakwa pertuduhan dialaminya petunjuk kerajaan dalam ketakutan.

Semalam, Muhammad Sanusi mengaku tidak salah di dua mahkamah atas pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI