fbpx

Ajal dipatuk ular berbisa ketika menoreh getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui maut dipercayai dipatuk ular berbisa ketika menoreh getah dalam kejadian di Kampung Bunang Ulu Sook, Sabah pada 13 Julai lalu.

KENINGAU – Seorang lelaki ditemui maut dipercayai dipatuk ular berbisa ketika menoreh getah dalam kejadian di Kampung Bunang Ulu Sook pada 13 Julai lalu.

Lelaki berusia 36 tahun berkenaan ditemui tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung sebelum menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mangsa pada pukul 8 pagi dan terus mengarahkan sepasukan polis ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia. Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian turut menemui satu mesin rumput yang berada berhampiran mangsa.

“Sementara itu, pemeriksaan awal pada badan mangsa pula terdapat beberapa kesan merah kehitaman pada kulit disyaki dipatuk haiwan berbisa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Rafidah berkata, siasatan turut mendapati mangsa dikatakan pergi ke kawasan kebun berkenaan untuk menoreh getah dan memotong rumput sehari sebelum ditemui mati.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI