fbpx

Individu disiasat bawah Akta Hasutan boleh ditahan bila-bila masa – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan pihaknya boleh menahan mana-mana individu yang disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 pada bila-bila masa.

Tambah beliau, individu tersebut termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang disiasat berhubung kes 3R (agama, bangsa, raja) yang menjurus kepada akta berkenaan.

““Polis boleh menahan individu yang disiasat mengikut akta berkenaan pada bila-bila masa kerana ia bukannya ‘non-siezable’ (tak perlu ditahan).

“Seksyen 4 (1) (Akta Hasutan) ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang lazim ditahan, bukannya ‘non-seizable’ (tidak perlu ditahan) dan ia adalah ‘seizable offence (kesalahan yang boleh ditahan).

“Sebenarnya, kalau ‘seizable offence’ ini, kalau tanya sayalah, bila-bila kita nak tangkap pun tidak apa, bila-bila pun boleh,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI