fbpx

4 LRA dihenti tugas akibat pencemaran bau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Empat buah Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas berikutan pencemaran bau bahan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor hari ini.

LRA itu adalah Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang yang dihenti tugas pukul 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, berdasarkan pemantauan LUAS menerusi Ops Sumber Air setakat pukul 6 lagi tadi mendapati rekod bacaan terakhir masih O ton.

“Bagaimanapun, Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) mengesan pencemaran bau sekitar 8 ton di LRA Rantau Panjang tengah hari tadi.

“LUAS, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera,” jelasnya.

Ini merupakan kejadian ketiga berturut-turut berlaku dalam tempoh tiga bulan bermula September lalu yang mengakibatkan henti tugas di LRA sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI