fbpx

Tahanan diberkas selepas 17 jam lolos dari wad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Tidak sampai 17 jam melarikan diri dari Hospital Sungai Bakap (HKB), seorang tahanan lelaki berjaya diberkas semula di Jalan Pantai Bersih, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Ng Ah Thiam berkata, penahanan dibuat kira-kira pukul 8.45 pagi dengan bantuan anggota dari Penjara Seberang Perai.

“Pihak polis berterima kasih kepada orang awam yang telah memberi kerjasama,” katanya di sini hari ini.

Semalam, polis menerima laporan kira-kira pukul 3.56 petang daripada warden penjara yang memaklumkan seorang tahanan lelaki warga tempatan telah melarikan diri.

Ah Tiam berkata, tahanan terbabit yang dikenali Nordin Ahmad,54, dikatakan meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi (Wad 5) hospital terbabit.

“Ketika itu, tahanan itu berpakaian t-shirt berwarna kelabu dan berseluar pendek berwarna hitam. Susulan laporan itu, usaha mengesan tahanan giat dijalankan menerusi ‘Op Tutup’,” tambahnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI