fbpx

Kapal selam nuklear AS tiba di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Penasihat Keselamatan Kanan Korea Selatan, Kim Tae-hyo (kiri) dan Penyelaras Majlis Keselamatan Negara bagi Hal Ehwal Indo-Pasifik AS, Kurt Campbell bergambar semasa sidang akhbar di Seoul hari ini. – AFP

SEOUL, Korea Selatan – Sebuah kapal selam bersenjata nuklear Amerika Syarikat (AS) berlabuh di pelabuhan Korea Selatan untuk kali pertama dalam tempoh empat dekad, kata seorang pegawai White House hari ini.

Senario itu berlaku  ketika dua negara sekutu itu cuba menangkis ancaman tentera Korea Utara yang makin meruncing.

Hubungan antara dua negara Korea itu berada dalam titik paling buruk dengan diplomasi buntu,  manakala pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menggesa supaya pembinaan senjata Pyongyang dipertingkatkan termasuk senjata nuklear taktikal.

Sebagai tindak balas, Seoul dan Washington meningkatkan kerjasama termasuk mengadakan latihan tentera bersama menggunakan pesawat ‘halimunan’ canggih dan aset strategik AS yang lain.

Hari ini, dua sekutu itu mengadakan mesyuarat Kumpulan Konsultatif Nuklear pertama di Seoul yang bertujuan untuk menambah baik kerjasama nuklear antara AS dan Korea Selatan serta menggandakan kesiapsiagaan terhadap Korea Utara.

“Ketika kami bercakap, sebuah kapal selam nuklear AS berlabuh di Busan hari ini. Ini adalah lawatan pertama kapal selam nuklear AS dalam tempoh beberapa dekad,” kata penyelaras Indo-Pasifik White House, Kurt Campbell kepada pemberita sebelum mesyuarat bermula.

Kali terakhir Washington mengerahkan kapal selam nuklearnya ke Korea Selatan adalah pada tahun 1981.

Washington sebelum ini mengumumkan bahawa pihaknya akan mengerahkan sebuah kapal selam berkeupayaan melancarkan peluru berpandu nuklear balistik ke Semenanjung Korea pada April lalu,  semasa Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol melawat Washington.

AS bagaimanapun tidak menetapkan tarikh tertentu kerahan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI