fbpx

Lelaki menabung 100 juta dong dalam 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKAUN TikTok menunjukkan seorang lelaki membawa wang tabungannya ke sebuah bank di Vietnam. – TikToK

BANGKOK –  Seorang lelaki Vietnam menjadi viral di media sosial selepas memecahkan tabung yang diisinya selama tiga tahun, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Wang simpanan tersebut didepositkan ke dalam sebuah bank, manakala proses mengira wangnya mengambil masa keseluruhan waktu tengah hari.

Kandungan itu pada awalnya disiarkan dalam akaun TikTok VL97 sebelum tular dan  menyaksikan ramai pengguna internet memuji lelaki berkenaan kerana sabar menyimpan secara perlahan-lahan, namun berterusan.

Dikenali sebagai pemilik akaun TikTok VL97, lelaki itu berkongsi teknik menyimpan wangnya selama tiga tahun. Rakaman itu memaparkan senario di mana sebuah karung berisi wang dibawa ke sebuah bank.

“Tiga tahun pengalaman mengisi tabung,” demikian tajuk video tersebut.

Kakitangan bank berkenaan menggunakan sebuah bilik VIP untuk mengira wang itu pada waktu tengah hari.

Selepas dikira, lelaki itu menabung wang lebih 100 juta dong (RM19,347) dalam tempoh tiga tahun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI