fbpx

Tiga anggota polis trafik direman rasuah RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis berpangkat Sarjan (depan) dan dua Koperal dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk proses reman berhubung rasuah RM500.

SHAH ALAM – Tiga anggota polis daripada cawangan trafik sebuah Ibu Pejabat Polis (IPD) di negeri ini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah bernilai RM500 yang dilakukan mereka kelmarin.

Mereka yang terdiri seorang anggota polis berpangkat Sarjan dan dua Koperal berusia 38 dan 57 tahun itu meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemandu yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB).

Perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Ketiga-tiga suspek hadir ke kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 10.30 pagi dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bergari serta dikawal oleh pegawai SPRM.

Menurut sumber, mereka ditahan kira-kira pukul 7 petang semalam selepas memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Kata sumber itu, berdasarkan siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek telah menahan sebuah van sekolah memandu di Lebuh Raya Koridor Guthrie ( GCE) pukul 8 pagi, Ahad lalu.

“Sewaktu ditahan mereka membawa 10 orang penumpang dipercayai calon-calon bagi menghadiri ujian komputer di Subang Murni yang seterusnya menyebabkan tiada penjarakan fizikal.

“Kesemua suspek kemudian telah mendesak pemandu van terbabit untuk memberikan rasuah bagi mengelakkan tindakan diambil kerana ingkar SOP PKPB,” katanya

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI