fbpx

Percepatkan perkahwinan jika matlamat pertunangan dah tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Syeikh Faisol memberi penerangan berkaitan tempoh had tunang menerusi perkongsian video di TikTok.

PETALING JAYA – Islam tidak meletakkan had masa bertunang namun ia lebih afdal dibuat dalam tempoh dua minggu untuk mengenali bakal pasangan masing-masing.

Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Datuk Syeikh Faisol Omar berkata, pertunangan adalah perjanjian untuk berkahwin di antara kedua belah pihak iaitu lelaki dan perempuan.

“Islam tidak mengehadkan tempoh pertunangan, sebaliknya berpandukan uruf dan adat masyarakat sesuatu tempat.

“Tempoh yang singkat dua minggu tetapi jangan terlalu lama hingga mendatangkan kemudaratan kepada pasangan,” katanya menerusi perkongsian video dalam aplikasi TikTok.

Bagaimanapun jelas Syeikh Faisal, bertunang memberi ruang dan peluang kepada kedua belah pihak untuk saling mengetahui secara lebih mendalam mengenai maklumat peribadi.

“Semasa dia datang meminang, boleh jadi dia menyamar, dalam tempoh itu dapat mengetahui perkara yang sebenar,” katanya.

Tegasnya, bertunang boleh berakhir dengan pernikahan atau dibatalkan.

“Nasihat saya, percepatkan perkahwinan jika matlamat pertunangan sudah tercapai,” katanya.

Setakat ini, video tersebut meraih lebih 300 ribu tontonan dengan 43 ribu tanda suka selain dihujani pelbagai komen positif oleh orang ramai – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI