fbpx

MYAirline umum penerbangan tambahan sempena PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – MYAirline mengumumkan penerbangan tambahan bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menyokong pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Frekuensi tambahan itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dan memudahkan perjalanan bagi penumpang yang pulang ke kawasan mereka untuk mengundi.

Selain empat penerbangan harian sedia ada, pada 11 dan 13 Ogos 2023, penerbangan tambahan dijadualkan berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.50 petang dan 5.55 petang dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra masing-masing pada pukul 3.55 petang dan 7.00 malam.

Penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pula ditetapkan pada 4.20 petang dan 7.25 malam dan dijadualkan tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur masing-masing pada pukul 5.30 petang dan 8.35 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo berkata, rakyat Malaysia yang berhasrat pulang untuk mengundi semasa Pilihan Raya Negeri Kelantan yang akan datang tidak perlu risau tentang kesesakan atau untuk kembali tepat pada masanya dengan kemudahan penerbangan.

“Kami gembira untunk menyokong rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab dan kami ingin menekankan bahawa MYAirline bersedia untuk menyokong mereka, daripada menyediakan pengelaman penerbangan terbaik dalam kelasnya sehingga mengutamakan kebolehpercayaan para penumpang,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI