fbpx

JPJ Kedah sasar kutip RM2 juta bidaan siri KFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismasuhaimi (tengah) menunjukkan siri nombor pendaftaran KFA yang akan dibuka untuk bidaan secara dalam talian mulai Khamis ini.

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyasarkan kutipan tender bidaan melebihi RM2 juta bagi siri nombor pendaftaran baharu, KFA yang akronim bagi Persatuan Bola Sepak Kedah yang akan mula dibuka pada Khamis ini.

Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff berkata, tender bidaan siri nombor pendaftaran itu dibuka secara dalam talian menggunakan aplikasi JPJeBID dalam tempoh lima hari.

Menurutnya, sasaran kutipan bidaan itu boleh dikutip berdasarkan kepada populariti industri bola sepak di negeri ini.

“JPJ percaya siri KFA ini ditunggu-tunggu oleh orang ramai terutama peminat bola sepak Kedah,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Kedah di sini hari ini.

Beliau memberitahu, nombor yang ditawarkan bermula daripada KFA 1 hingga KFA 9999 kecuali KFA 8 yang telah ditempah oleh VVIP.

Katanya, nilai tender bidaan yang ditetapkan bermula daripada RM310 bagi nombor biasa, RM2,500 bagi nombor popular dan RM20,000 bagi nombor ‘golden’. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI