fbpx

Pearly Tan catat rekod dunia pukulan terpantas 438 km/j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pearly Tan

PETALING JAYA – Pemain badminton beregu wanita negara, Pearly Tan berjaya memecahkan rekod dunia untuk pukulan badminton terpantas apabila mencatatkan kelajuan luar biasa 438 kilometer sejam (km/j).

Menerusi satu pengumuman dari pihak Yonex hari ini, kejayaan tersebut telah meletakkan pemain kebangsaan itu sebagai pemegang gelaran Rekod Dunia Guinness wanita pertama dalam kategori tersebut.

Selain Pearly, pemain badminton lelaki India, Smash Rankireddy turut berjaya memecahkan rekod dunia untuk hit badminton terpantas apabila mencatatkan kelajuan 565 km/j memecahkan rekod sebelum ini yang dicatat pada Mei 2013 dengan kelajuan 493 km/j.

“Kedua-dua rekod ini menunjukkan bahawa sukan badminton adalah sukan yang jauh lebih pantas daripada sukan-sukan lain seperti bola sepak atau perlumbaan kereta Formula Satu.

“Rekod dari kedua pemain antarabangsa itu telah dicatatkan pada 14 April lalu dan telah disahkan oleh panel rasmi Rekod Dunia Guinness berdasarkan hasil pengukuran kelajuan yang dicatatkan mereka berdua,” tulis pengumuman tersebut.

Rekod kelajuan yang dicatatkan oleh Pearly telah diperolehi di sebuah gimnasium Yonex Co., Ltd. Tokyo Factory di Soka, Saitama, Jepun pada 14 April 2023.

Manakala rekod yang dicatatkan Rankireddy adalah di gimnasium Yonex Co., Ltd. Tokyo Factory di Soka, Saitama, Jepun juga pada 14 April 2023. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI