fbpx

Pendapatan tahunan Alcaraz melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ mencipta sensasi apabila memenangi Kejuaraan Wimbledon selepas membenam cabaran Djokovic kelmarin. - AFP

LONDON – Kemenangan bersejarah Carlos Alcaraz di Wimbledon bukan sekadar menyaksikannya meraih hadiah bernilai £2.3 juta (RM13.66 juta), tetapi bintang tenis Sepanyol itu mampu meraih pendapatan sehingga £30 juta (RM178.12 juta) pada akhir tahun 2023.

Prestasi luar biasa pemain berusia 20 tahun itu di atas gelanggang rumput Wimbledon telah mengukuhkan kedudukan ranking nombor satu dunianya selepas mengatasi Djokovic pada aksi final mendebarkan.

Pakar jenama dan pengiklanan, Nick Ede menegaskan bahawa Alacarz berpeluang untuk menambah lebih daripada empat kali ganda nilai yang diraih ketika ini yang dianggarkan £7 juta (RM41.56 juta) dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Katanya, Alcaraz yang masih tinggal bersama ibu bapanya di sebuah rumah yang terletak di atas kedai kebab di selatan Sepanyol dengan mudah akan memperoleh £30 juta tahun ini sejurus beberapa syarikat gergasi dunia menawarkan penajaan lumayan.

“Carlos Alcaraz bersedia untuk menjadi salah satu bintang terbesar di dunia. Dengan wajah yang tampan, badan yang cergas dan senyuman manis sewaktu melakar kemenangan bakal menjadi rebutan penaja-penaja di luar sana.

“Dari jenama pisau cukur ke sut dan sudah tentu pakaian sukan, dia akan mendapat banyak wang, malah Alacarz juga boleh melancarkan jenamanya sendiri seperti yang pernah dilakukan Bjorn Borg atau Maria Sharipova sebelum ini,” kata Ede.

Hasil kemenangan di Wimbledon, Alcaraz bakal menerima tawaran berjuta-juta pound dengan penaja sedia ada iaitu Nike, Rolex, Calvin Klein, Louis Vuitton dan juga BMW.

Sebelum ini, bintang tenis remaja Britain, Emma Raducanu yang muncul juara di Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2021 turut mencetus sensasi apabila meraih sekurang-kurangya AS$10 juta selepas menandatangani perjanjian penajaan.

Difahamkan, Raducanu turut menerima tajaan lumayan terutama daripada Nike, Wilson, Tiffany & Co, Dior, Evian dan British Airways yang membabitkan nilai kontrak lumayan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN