fbpx

20 anggota polis datang ke hotel Sanusi pukul 3 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun Facebook Helmi Khalid.

PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, ditahan polis di salah satu lokasi di ibu negara, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Ahli Dewan Undangan Negeri itu, Helmi Khalid menerusi akaun Facebooknya.

Difahamkan, Pengarah Pilihan Raya Pas itu ditahan polis di sebuah hotel penginapan dalam Lembah Klang dan kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.

“YAB MB pulang dari Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) kira-kira pukul 11.40 malam.

“Pada pukul 2 pagi, kelihatan dua lelaki berbaju dan berseluar hitam, berselipar berlegar di depan pintu kecemasan di tingkat 33A, hotel.

“Lima orang lelaki di hadapan lif tingkat 33A pada pukul 2.10 pagi sebelum pintu bilik YAB MB diketuk pada pukul 2.30 pagi dan kelihatan 20 anggota polis berada di luar bilik,” tulisnya dalam hantaran itu.

Menurut Hilmi, Muhammad Sanusi dibawa keluar dari bilik penginapan ke bawah pada pukul 3 pagi dan diarah menaiki sebuah MPV menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Muhammad Sanusi, dijangka akan dibawa ke Mahkamah Selayang hari ini bagi pendakwaan berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Menerusi carian laman sistem mahkamah, pendakwaan akan dibuat di dua Mahkamah Sesyen berbeza.

Terdahulu dalam ucapannya yang tular, pemimpin Pas itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi beraja di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI