fbpx

Bayi perempuan ditemui belakang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap dan dihurungi semut disebuah taman perumahan dipercayai dibuang oleh ibunya semalam.

TAIPING – Polis berjaya menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dibuang di belakang sebuah rumah taman perumahan di Kamunting di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner, Razlam Ab. Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada Pegawai Perubatan di Hospital Taiping berhubung kejadian seorang wanita berusia 22 tahun disyaki telah melahirkan seorang bayi perempuan dan bertindak membuangnya.

“Bertindak atas maklumat itu, pihak polis telah pergi ke lokasi kawasan taman perumahan itu dan menemui seorang bayi di belakang rumah yang telah dihurungi semut. Bayi itu juga ditemui dalam keadaan bertutup dengan kain dan tuala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, sebaik sahaja ditemui, bayi tersebut segera dikejarkan ke Hospital Taiping untuk tujuan rawatan.

“Bayi itu dipercayai ketika dilahirkan berusia kandungan tujuh bulan dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU). Keadaan bayi adalah stabil dan ibu bayi itu masih dirawat di hospital yang sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI