fbpx

Ramai sedih AEON Sunway Pyramid tutup selepas 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di akaun Facebook, Sunway Pyramid.

PETALING JAYA – Rata-rata pengunjung pusat membeli-belah AEON meluahkan rasa sedih apabila cawangannya di Sunway Pyramid, di sini, terpaksa ditutup setelah 16 tahun beroperasi.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Sunway Pyramid di akaun Facebook, pusat beli-belah AEON itu akan beroperasi sehingga 31 Julai ini sahaja.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada AEON atas 16 tahun perjalanan yang tidak dapat dilupakan kerana telah menyediakan komuniti dengan pelbagai barangan keperluan.

“Dengan berat hati, kami ingin mengucapkan selamat tinggal dan mari bersama-sama melawat AEON buat kali terakhir sebelum 31 Julai,” tulisnya.

Tambahnya, AEON akan bergerak keluar secara berperingkat di mana tingkat satu, tingkat bawah dan tingkat bawah satu (LG1) telah keluar pada 2 Julai lalu manakala tingkat bawah dua (LG2) akan keluar pada 31 Julai depan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, di samping meluahkan rasa sedih dan terkejut, rata-rata orang ramai turut mengimbau kembali memori indah sepanjang berkunjung ke AEON Sunway Pyramid.

“Tutup sudah tempat mula-mula bekerja lepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai kerani akaun. Banyak kenangan di sana,” komen Norhafizah.

“Saya kerja dekat pusat beli-belah Sunway ni. Tiap kali masuk AEON mesti terus ke tempat makan tapi semalam masuk, rasa sayu rasa sunyi pun ada. Semua hanya tinggal kenangan,” komen Suziah.

“Saya berpindah ke Sunway pada tahun 2007 dan fasa kedua Sunway Pyramid juga sedang dibuka, begitu juga dengan AEON. Terima kasih atas kenangan,” komen Fiz Li pula.

Terdahulu, Sunway REIT mengumumkan bahawa ia tidak akan memperbaharui pajakannya dengan penyewa utama Sunway Pyramid, AEON, yang akan tamat tempoh pada September depan.

Difahamkan, ruang itu akan ditukar menjadi lot yang lebih kecil untuk kedai khusus yang boleh mendapatkan sewaan yang lebih tinggi untuk Sunway. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI