KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dijangka akan dibawa ke Mahkamah Selayang esok bagi bagi pendakwaan berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.
Menerusi carian laman sistem mahkamah, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) pendakwaan akan dibuat di dua Mahkamah Sesyen berbeza.
Terdahulu dalam ucapannya yang tular, pemimpin PAS itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.
Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi beraja di Selangor. – KOSMO! ONLINE