fbpx

Sekolah tutup berikutan kes Covid-19 meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA – Penutupan sekolah kerana pandemik Covid-19 dilakukan berdasarkan analisis data kes positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah yang semakin meningkat ketika gelombang ketiga.

Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, data kementerian mendapati kehadiran murid ke sekolah akan terjejas apabila terdapat kes positif di sesuatu kawasan, walaupun terletak di negeri tidak mencatatkan kes Covid-19 yang tinggi.

“Ketidakhadiran murid disebabkan kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka jika hadir ke sekolah.

“Penutupan sekolah di Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak kerana pandemik Covid-19 melibatkan seramai 1.09 juta murid serta membabitkan seramai 99,491 guru dan 20,438 kumpulan pelaksana,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, itu adalah jumlah signifikan dalam membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dan petugas barisan hadapan membendung penularan Covid-19

“Kementerian berpandangan usaha membendung penularan wabak ini amat penting dalam memastikan sesi persekolahan 2021 dapat dimulakan dalam keadaan selamat seperti dijadualkan.

“Ini juga penting bagi memastikan peperiksaan awam yang ditangguhkan ke Februari 2021 dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat,” jelasnya.

Beliau menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang bertanya rasional penutupan sekolah seluruh negara, penangguhan peperiksaan awam dan rancangan membantu pelajar tiada kemudahan internet serta komputer riba, khususnya di kawasan pedalaman.

Dalam pada itu, mengenai penangguhan peperiksaan awam, Radzi berkata, keputusan itu mengambil kira pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, antara Mac hingga Jun lalu.

Menurutnya, kementerian kini di peringkat akhir merangka strategi pelaksanaan komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara, termasuk mengambil kira keperluan pemilikan peranti murid dan akses internet di sekolah di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI